2009/12/28

Kalendar 1431 Hijrah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum


(Dan sesiapa Yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah Yang banyak dan rezeki Yang makmur; dan sesiapa Yang keluar dari rumahnya Dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka Sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.) -An-Nisa':100


     Disini penulis ingin berkongsi dengan pembaca berkenaan kalendar 1431 hijrah yang telah penulis sediakan untuk tatapan sepanjang tahun 1431 hijrah.Sila download dan sebarkan kepada rakan-rakan anda.Syukran.



 (klik untuk paparan yang jelas)
11 Muharram 1431 H
28 Disember 2009 M



2009/12/13

Salam Pendahuluan, Salam Maal Hijrah




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

ASSALAMUALAIKUM

Salam pendahuluan, salam maal hijrah

Hari ini merupakan satu detik penting bagi seluruh umat Islam kerana hari ini merupakan tahun baru dalam kalendar Islam hijrah.Berakhir sudah tahun 1430 hijrah, kini tahun 1431 hijrah mula menjenguk kita semua, sama ada sedar ataupun tidak.Hari ini juga merupakan detik penting bagi penulis kerana bermula tahun baru ini penulis terlibat dengan penulisan blog.

Semua umat Islam seantero dunia pasti akan menyambut tahun baru ini dengan penuh rasa syukur.Satu persoalan timbul,adakah kita semua tahu hari ini merupakan tahun baru bagi kalendar Islam?, kebiasaannya ramai antara kita hanya ambil tahu akan sambutan tahun baru masihi tetapi tidak untuk tahun baru hijrah.

Ingatlah wahai saudara ku semua,kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa cakna dengan tarikh-tarikh penting dalam kalendar Islam hijrah supaya kita tidak lupa akan peristiwa perjuangan dan pengorbanan para anbiya’ dan para sahabat.

Saya mengharapkan diri saya dan pembaca semua membuka lebaran baru dengan azam yang baru serta semangat yang baru di tahun baru hijrah ini.Ayuh bangkitlah wahai saudara ku, sedarlah dari lamunanmu,bangkitlah dari tidurmu.Diharapkan blog ini dapat memberi manfaat kepada penulis dan pembaca sekalian,doakan penulis supaya sentiasa memberi maklumat yang benar dan betul.Syukran atas kunjungan semua.Wallahua’alam.

zizaur
1 Muharram 1431 Hijrah
18 Disember 2009 Masihi
Copyright © 1431 zizaur® . All rights reserved
There was an error in this gadget

PAUTAN