2010/12/23

Sajak PR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum
 Klik gambar untuk paparan yang jelas
Ubah sekarang, Selamatkan Malaysia

17 Muharram 1432H
23 Disember 2010M

Rujukan

2010/11/26

Ideologi Moden & Kesan Terhadap Islam - Bahagian 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum

3- LIBERALISME (اللبرالية)

Falsafah ini muncul di Eropah pada permulaan kurun ke-19. Tiada satu definisi yang disepakati terhadap istilah ini. Kefahamannya berlainan antara satu tempat dengan yang lain, antara seorang ahli falsafah dengan yang lain.

Fahaman ini mula-mula muncul di England, bermaksud menyeru kepada kebebasan individu dalam menjalani hak-hak mereka tanpa ada campurtangan negara. Fahaman ini menekankan aspek persamaan taraf & kebebasan.

Ia memusuhi agama yang dianggap menyekat kebebasan manusia. Liberisme biasanya dikaitkan dengan slogan ‘Pembangunan & Kemajuan’. Berakar umbikan fahaman inilah munculnya kapitalisme yang terpengaruh dengan pendapata Adam Smith, yang memberikan kebebasan berniaga & berlumba dalam pasaran.

Liberalisme muncul kesan daripada kekejaman gereja & kediktatoran pemerintah pada waktu itu yang membawa kepada pemberontakan rakyat menuntut hak-hak mereka.

4- KAPITALISME

Sistem ekonomi lahir ekoran daripada fahaman sekularisme, individualisme & liberalisme. Pengasasnya ialah Adam Smith (1723-1790) yang mengarang buku bertajuk ‘An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nations’.

Buku beliau dikira pencetus kapitalisme sebagai sebuah sistem ekonomi.

Antara ciri-ciri kapitalisme :
i- Kebebasan ekonomi
ii- Kebebasan individu memiliki harta; dibahagikan kepada 2 peringkat:
• Pemilikan mutlak tanpa sebarang had (peringkat permulaan munculnya kapitalisme)
• Pemilikan tidak mutlak, dihadkan sebahagian milik individu sebagai kepentingan sosial. (Peringkat inilah yang berleluasa di negara-negara kapitalis ketika ini)
iii- Sistem faedah atau riba’

Antara kegagalan sistem ini :
i- Pengangguran
ii- Inflasi
iii- Ihtikar
iv- Sifat individualisme yang menghancurkan hubungan dalam masyarakat
v- Kebebasan perniagaan yang tiada had meliputi anasir-anasir yang memudaratkan seperti dadah, arak & seumpamanya.

5- SOSIALISME & KOMUNISME

Sosialisme adalam sistem ekonomi yang dihasilkan oleh pemikiran komunis. Karl Marx dianggap pengasas kepada sistem ini. Sosialisme adalah marhalah pelaksanaan ekonomi yang akan membawa akhirnya kepada komunisme. Perbezaan antara kedua-duanya boleh dilihat dalam slogan ini :

Sosialisme -

من كل حسب طاقته, و لكل حسب عمله

Daripada setiap individu mengikut kekuatan & tenaganya (penentu kerja) dan bagi setiap individu mengikut kerja yang dilakukan (upah).
 
Komunisme –
 
من كل حسب طاقته, و لكل حسب حاجته

Daripada setiap individu mengikut kekuatan dan tenaganya dan bagi setiap individu mengikut keperluannya.

Ciri utama sistem ini adalah menghapuskan hak milik harta individu. Namun penghapusan ini tidaklah secara total seperti mana yang dilaungkan. Negara memiliki komponen-komponen pengeluaran & rakyat berhak memiliki barang keperluan.

Kegagalan sistem sosialis tidak dapat dinafikan lagi. Fenomena ekonomi & kemunduran yang wujud di negara-negara sosialis dan kejatuhan Soviet Union menjadi sejelas-jelas bukti kegagalan sistem ini.

SLOGAN-SLOGAN BERACUN

Dalam usaha Barat memastikan kejayaan mereka meracuni pemikiran umat Islam, pelbagai slogan yang mengaburkan mata dilaungkan di samping ideologi-ideologi perosak yang lain. Melalui tangan-tangan penjajah, zionis sedunia, orientalis & musuh-musuh Islam yang lain, mereka berjaya mengubah corak pemikiran umat Islam.

Slogan-slogan yang sering dipromosi sebagai slogan kemanusiaan adalah :

A) Kebebasan

Mencakupi segala-galanya; berfikir, beri’tikad, bersosial, bersuara dan sebagainya. Kebebasan yang tidak dihadkan dengan Ubudiyyah kepada Allah SWT.

B) Persamaan taraf dalam segalanya sehingga wanita pun menuntut persamaan taraf dengan lelaki

C) Kemajuan & kemunduran


Pengukur kemajuan & kemunduran berdasarkan material semata. Barat & tamadunnya digambarkan sebagai simbol kemajuan. Islam & tamadunnya pula dicop sebagai mundur & kolot.

D) Semangat perkauman (nasionalisme)

Dengan tujuan memecah-belahkan umat manusia & memadamkan kekuatan Islam yang mampu menyatukan bangsa yang berbilang-bilang

E) Kebebasan wanita

Tuntutan wanita akan hak-hak kebebasan mereka dalam kehidupan tanpa hudud atau sempadan yang menyekat kebebasan mutlak wanita. Tujuan jahat mereka ini bertitik tolak daripada pengetahuan bahawa jalan paling dekat untuk merosakkan sesebuah masyarakat adalah dengan merosakkan terlebih dahulu wanitanya.

Ideologi yang bertumbuh di Barat seperti cendawan merebak ke negara-negara umat Islam. Negara-negara yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup meliputi bidang-bidang sosial, politik, ekonomi dan sebagainya.

Persoalan timbul; adakah ideologi-ideologi tersebut sesuai untuk menggantikan Islam sebagaimana Kristian digantikan di Barat?

Sudah tentulah jawapannya tidak, kerana Islam Deen yang syumul merangkumi segenap aspek kehidupan manusia. Tidak boleh disamakan sama sekali dengan keadaan yang wujud di dunia Barat. Perbezaan tersebut ternyata sekali :

(1) Kristian menerima pemisahan antara perkara-perkara ibadah dan ketuhanan dengan perkara-perkara pemerintahan & negara. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh injil kata-kata Nabi Isa AS

دع ما لقيصر لفيصر , و ما للٌة للُة

(2) Di dalam kristian tiada manhaj kehidupan yang sempurna berbanding Islam yang mencakupi segala penjuru kehidupan
(3) Tiada dalam Islam kuasa mutlak ketua agama, sebagaimana Pope dalam Kristian
(4) Sejarah Kristian berlainan daripada sejarah Islam. Zaman Kristian memerintah di Eropah (kurun 11-16) dikenali sebagai Zaman Kegelapan. Sementara Islam ketika menerajui kepimpinan dunia mencipta keagungan tamadun yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah manusia.
Faktor-faktor Ideologi dianuti dalam dunia Islam :

i) Umat Islam meninggalkan ajaran Islam yang syumul
ii) Kejahilan tentang Islam
iii) Tersebarnya ideologi-ideologi tanpa disedari
iv) Usaha sungguh musuh-musuh Islam
v) Kagum dengan Tamadun Material Barat

Senario pertembungan antara Islam & musuh-musuhnya tidak pernah berakhir. Sejak kebangkitan Rasulullah SAW membawa risalah Islam sehingga hari ini, Islam sentiasa dicabar & tercabar. Musuh sentiasa memerhatikan gerak geri umat Islam dan tidak henti-henti mencari peluang untuk merosakkan Islam.

Umat Islam mestilah bersedia menghadapi cabaran ini sekiranya mahu melihat Islam kembali menerangi dunia yang sekian lama diliputi awan mendung.

Wallahua'lam

Sumber : Seorang sahabat

20 Zulhijjah 1431H
26 November 2010M

2010/11/20

Ideologi Moden & Kesan Terhadap Islam - Bahagian 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum

Kekalahan tentera salib yang dipimpin oleh Raja Louis (Perancis) dalam peperangan salib ke-8 pada tahun 1291M (690H) telah mendorong beliau untuk menulis 1 watikah yang menyatakan bahawa tiada lagi jalan untuk menewaskan umat Islam melainkan melalui serangan pemikiran.

Bermula dari saat itulah Barat mula mengatur langkah. Pertembungan antara Islam dan musuhnya kini beralih ke medan Aqidah & pemikiran. Barat menggerakkan seribu satu senjata dan wasilah dalam usaha mereka menyelewengkan umat Islam daripada landasan kebenaran. Benarlah firman Allah SWT dalam Al-Quran:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. (Al-Baqarah : 120)


Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran)(Al Baqarah : 217)

Musuh-musuh Islam tidak pernah jemu menjalankan tugas-tugas mereka. Serangan pemikiran dilancarkan ke atas umat Islam meliputi hampir keseluruhan bidang kehidupan manusia. Atas dasar inilah munculnya ideologi-ideologi ciptaan yang merupakan racun berbisa kepada pemikiran umat Islam.

DEFINISI IDEOLOGI

Ideologi berasal daripada perkataan Perancis, merupakan istilah yang sukar untuk ditakrifkan. Para pengkaji bertentangan pendapat dalam mentafsirkan istilah moden ini. Ada pendapat yang menyempitkan skopnya dengan menghadkan ideologi kepada fahaman-fahaman & aliran-aliran pemikiran yang berkaitan dengan politik, kuasa & pemerintahan negara sahaja. Sememangnya definisi inilah yang digunakan dan difahami oleh masyarakat. Namun hakikatnya lebih luas daripada itu, meliputi segala jenis hasil pemikiran dan thaqafah masyarakat, merangkumi politik, ekonomi, sosial, psikologi, thaqafah & sebagainya.

Oleh itu, ideologi ditakrifkan ‘Fahaman dan pegangan yang dihasilkan melalui pemikiran & thaqafah masyarakat’.

Ada juga yang mentakrifkan ideologi sebagai ‘Rangkaian pemikiran dan pandangan bertujuan menentukan pendirian seseorang terhadap isu-isu dan persoalan-persoalan kehidupan yang dihadapi oleh masyarakat’.

Berdasarkan kepada takrif di atas, perbezaan ketara antara keduanya adalah ideologi bersumberkan akal manusia, manakala agama, sumbernya wahyu Ilahi.

Oleh kerana ideologi manusia terlalu banyak, di mana bermulanya ideologi pada ketika umat manusia mula melanggar hukum-hakam Allah SWT dan menjadikan akal & hawa nafsu sebagai tuhan mereka.

1- RASIONALISME (AQLANIYAH)

Rasionalisme atau ‘Aqlaniyah adalah aliran yang menjadikan akal manusia sebagai asas dan tunggak yang menentukan hak atau batil, dengan mengenepikan agama sebagai sumber utama dalam menentukan hukum.

Daripada aliran ini, terpancarnya pelbagai mazhab dan teori dalam pelbagai bidang ilmu, pemikiran & kehidupan. Pendokong-pendokong fahaman ini menggunakan akal semata hatta dalam perkara ghaib, yang terbatas pada pemikiran manusia. Justeru lahirlah pandangan-pandangan berkenaan hakikat manusia, kejadian alam, yang didasarkan kepada akal semata-mata, bertentangan dengan hakikat yang sebenar.

Fahaman ini lahir lebih awal sedikit daripada sekularisme iaitu selepas pemberontakan rakyat terhadap penyelewengan gereja. Rasionalisme menolak ketuhanan sebagai sumber, sekaligus bermakna pemberontakan terhadap agama Kristian di Eropah ketika itu. Walaubagaimanapun fahaman ini tenggelam selepas kemunculan sekularisme pada zaman kebangkitan Eropah (Renaissance; kurun ke-16) yang menggabungkan antara akal & fakta-fakta ilmu yang dihasilkan melalui kajian & percubaan .

2- SEKULARISME (العلمانية)

Definisi :

Sekularisme berasal daripada perkataan Inggeris (Secularism) yang bererti : fahaman tidak beragama. ‘Secular’ ditakrifkan oleh kamus Oxford sebagai : ‘Wordly or material, not religious or spiritual’ yang bermaksud : Keduniaan atau kebendaan, tidak beragama atau tiada roh.

Dalam bahasa Arab, para ulama’ berbeza pendapat dalam mencari istilah terbaik terhadap istilah Inggeris (Secularism).

a) Pendapat pertama menyatakan istilah sebetulnya adalah (العلمانية) yang dinisbahkan kepada (العلم) yang bermaksud (العالم) alam atau dunia; iaitu fahaman keduniaan dan kebendaan, material, bertentangan dengan roh, alam ghaib dan ketuhanan. Bukannya (العلمانية) dinisbahkan kepada (العلم). Mereka yang berpendapat sebegini ialah Dr. Abdul Halim Mahmud, Dr. Mohd Al-Bahiy & Sheikh Jadal Haq Ali Jadal Haq.

Mu’jam Arabi Asasi juga sealiran dengan pendapat ini, di mana disebut definisi (علماني) ;

علماني (منسوب الى العلم و هو العالم): غير ديني (لا ديني)

b) Pendapat yang menyatakan terjemahan yang betul adalah (العلمانية) dinisbahkan kepada (العلم) ilmu kerana asal sekularisme adalah daripada perkataan Latin (Secularius) yang bermaksud : Orang yang berilmu tinggi. Pendapat ini adalah pandangan Dr. Ali Juraishah.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan, diterjemahkan (Secularism) kepada (العلمانية) dinisbahkan kepada (العلم) ilmu kerana yang dikehendaki di situ adalah ilmu yang dihasilkan melalui kajian-kajian, percubaan material dan pemikiran manusia yang tiada kaitan dengan agama, wahyu & ketuhanan.

Perlu difahami bahawa sekularisme tidak mengingkari kewujudan tuhan & alam ghaib. Sekularisme hanya mengenepikan agama daripada urusan kenegaraan, kemasyarakatan & ekonomi. Sekularisme berlainan daripada fahaman Atheis yang mengingkari kewujudan tuhan. Sekularisme meletakkan agama dalam ruang lingkup yang sempit dan membenarkan setiap individu menganut agama yang disukainya.

Sejarah Kemunculan :

Sekularisme lahir di tengah-tengah masyarakat Eropah yang dikuasai gereja. Pada zaman kegelapan (عصر الظلام) sehingga kurun ke 17, gereja berkuasa penuh dalam pemerintahan negara. Penyelewengan agama Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Isa AS dilakukan sesuka hati gereja berdasarkan maslahat & kepentingan duniawi semata. Pada tahun 1215M, perhimpunan Rome memberikan Pope hak pengampunan dosa & kesalahan. Pada 1869M pula, perhimpunan yang sama memberikan Pope keistimewaan terpelihara daripada dosa (عصمة) dan kesilapan, sekaligus memberikan hak ketaatan mutlak kepada Pope daripada para penganut Kristian. Inilah gambaran penyelewengan gereja yang bertujuan mengekalkan kuasa mereka.

Tidak cukup dengan itu, pada tahun 1478M, ditubuhkan di Sepanyol (ada yang menyatakan di Perancis) mahkamah yang dinamakan (محاكم التفتيش) yang menggambarkan sifat gereja dan kemenangan mereka yang tidak terhingga. Mahkamah ini bertugas menghukum sesiapa sahaja yang menentang atau mempertikaikan gereja & kebenaran ajaran pegangannya. Dianggarkan mangsa mahkamah ini menjangkau angka 300 ribu. Sebanyak 32 ribu dibakar hidup-hidup. Antaranya ialah ahli geografi terkenal, Bruno yang mengeluarkan teori pusingan bumi.

Dari segi politik & ekonomi, sistem feudal berleluasa. Politik & ekonomi dilindungi golongan feudal yang memperhambakan rakyat. Pemerintah-pemerintah negara mengamalkan sistem diktator yang menghalang kesedaran rakyat untuk bersuara dan menikmati hak-hak mereka.

Tekanan-tekanan yang melingkungi dunia barat inilah yang meledakkan kebangkitan rakyat bagi mengubah keadaan. Lalu muncullah seruan agar dipisahkan agama daripada urusan negara dengan meletakkan Kristian di sudut yang sempit sahaja. Lahirlah para pemikir, ahli falsafah, tokoh reformasi seumpama Martin Luther, Voltier, Jean Jack Rosseau dan sebagainya yang menyeru ke arah pembaharuan, antaranya pemisahan agama daripada urusan pemerintahan.

Kemunculan arus pembaharuan ini berlaku apabila tercetusnya Revolusi Perancis pada tahun 1789M yang mengangkat slogan ‘Gantunglah Raja Yang Terakhir Dengan Tali Perut Paderi Yang Terakhir’.

Revolusi Perancis telah membuahkan beberapa perkara :

i- Menyempitkan bidang agama Kristian dalam bidang-bidang keagamaan sahaja.
ii- Menolak kristian sebagai sistem politik, ekonomi & pelbagai sistem kehidupan
iii- Muncul aliran rasionalisme yang meletakkan akal sebagai asas
iv- Muncul fahaman sekularisme & individualisme yang memberikan kebebasan penuh kepada manusia dalam menjalani kehidupannya.

Suasana baru yang melanda Eropah telah membawa mereka kepada Zaman Pembaharuan & Pembangunan. Eropah berjaya mencetuskan Revolusi Perindustrian yang memberikan saham utama kepada Eropah bagi membina kekuatan mereka. Kemudian berlaku perluasan kuasa di Eropah apabila mereka menjajah negara-negara di bawah Khilafah Uthmaniyah dan akhirnya menghancurkan khilafah.

Pada ketika itu, bermulalah pertarungan antara Islam & sekularisme.

Ciri-ciri fahaman sekularisme:

i- Mengenepikan perkara-perkara ketuhanan, alam roh & segala pegangan yang berkaitan dengannya dalam seluruh kajian & teorinya.
ii- Memusuhi agama, berusaha meletakkan agama dalam lingkungan yang sempit dan menjadikan agama sebagai hak kebebasan individu
iii- Material, kebendaan & duniawi semata

Sekularisme dalam beberapa bidang sosial:

Pendidikan
i) Menyekat pendidikan agama
ii) Menggalakkan pendidikan bukan agama
iii) Memandang rendah pendidikan agama & menyifatkannya sebagai kolot & mundur
iv) Menghadkan peluang pekerjaan bagi lulusan bidang agama.
v) Membangunkan dengan pesat pusat-pusat pengajian yang tiada pengajian agama
vi) Memperbanyakkan penghantaran pelajar-pelajar ke luar negara dalam pelbagai bidang ilmu selain bidang agama
vii) Menggalakkan percampuran lelaki & perempuan di sekolah & pusat pengajian
viii) Tiada penekanan akhlak & norma-norma Islam; menutup aurat, pakaian Islam & sebagainya.

Media Massa
Seandainya pensekularan pendidikan bertujuan untuk melahirkan generasi yang memisahkan agama & kehidupan pada masa akan datang, maka pensekularan media massa bertujuan mendoktrinkan pemikiran generasi masa kini. Bidang pendidikan hanya membabitkan golongan pelajar sahaja, tetapi media massa mampu menusuk masuk ke kepala setiap anggota masyarakat.

Media massa dikotori dengan cara :
i) Menyiarkan gambar & filem yang lucah
ii) Menyiarkan filem-filem yang menghina & memburukkan Islam
iii) Mengagung-agungkan kehidupan dunia, alam maksiat & fasiq
iv) Mengagungkan artis & seniman
v) Menggalakkan unsur-unsur seks, ganas & keruntuhan nilai & akhlak
vi) Mengagungkan dunia barat sebagai simbol kemajuan, pembangunan & kemajuan dunia
vii) Menyebarkan ideologi-ideologi manusia yang tidak bertepatan lagi bertentangan dengan agama.

Undang-undang
Pensekularan undang-undang di dunia Islam bermula di Turki pada 1857M, kemudian merebak ke Mesir pada 1875M, di mana munculnya beberapa undang-undang yang diambil bukan bersumberkan syariah Islamiyah.

Di Turki, apabila khilafah dihapuskan secara rasmi pada tahun 1924, undang-undang Turki diubah:
1- Undang-undang sivil diambil dari Switzerland
2- Undang-undang jenayah diambil dari Itali
3- Undang-undang perniagaan diambil dari Jerman
Undang-undang Islam yang menjadi kanun di kebanyakan negara umat Islam berjaya ditukar dengan undang-undang sekular oleh Barat, berlaku ketika penjajahan Barat ke atas negara-negara umat Islam. Negara kita Malaysia juga tidak terlepas daripada usaha ini.

Perlembagaan negara sehingga kini adalah perlembagaan yang diletakkan oleh Suruhanjaya Lord Reid diambang kemerdekaan dahulu. Begitu juga kebanyakan undang-undang negara adalah tidak berdasarkan kepada syariat Allah SWT, bahkan membelakangkan syariat-Nya.

Wasilah-wasilah penyebaran sekularisme:

1) Orientalis - Gerakan yang diasaskan oleh Barat untuk mengkaji ilmu, adab, bahasa, thaqafah & tamadun Timur khasnya Islam, dengan tujuan menjahanamkannya.
2) Gerakan Kristianisasi
3) Gerakan Pembaratan - Seperti usaha Mustafa Kamal Attartuk membaratkan negara Turki selepas keruntuhan Khilafah Uthmaniyah.
4) Penjajahan negara umat Islam
5) Gerakan Yahudi Sedunia (FREEMASON). 

Sumber : seorang sahabat

14 Zulhijjah 1431H
20 November 2010M

2010/11/16

Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamulaikum
(klik gambar untuk paparan yang jelas) 1280x800

10 Zulhijjah 1431H
16 November 2010M

2010/10/28

Wallpaper Kelantan FA (1)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum

(Klik gambar untuk paparan yang jelas) 1280x800
 (Klik gambar untuk paparan yang jelas) 1280x800

Gomo Kelate Gomo
THE RED WARRIORS BOLEH

(Klik gambar untuk paparan yang jelas)
20 Zulqaedah 1431 H
28 Oktober 2010 M

2010/09/10

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 H / 2010 M

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah
Kepada seluruh umat Islam, umi dan abah, guru-guru serta sahabat handai yang mengenali diri ini
Maaf Zahir & Batin
Daripada
Zunnur Ihsan Zainondin
Nun jauh dari Perlembahan Nil
Mansurah, Republik Arab Mesir

1 Syawal 1431H
10 September 2010M

2010/09/09

Balik Kampung

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum

Klik gambar untuk paparan yang jelas (1280x800)

     Bumi Mansurah terus sepi daripada mahasiswa Malaysia yang menuntut di Universiti Mansurah kerana hampir sembilan puluh peratus (90%) mahasiswa telah pulang ke tanah air untuk menyambut lebaran syawal di kampung halaman masing-masing bersama keluarga yang tersayang.
     Hari terakhir Ramadan pun masih ada yang pulang ke kampung. Dimana mereka akan sampai di Malaysia pada pagi atau petang hari raya aidilfitri. Apa pun selamat pulang dan semoga selamat sampai ke pangkuan mak ayah.
     Tinggallah sebilangan mahasiswa tidak pulang beraya, penulis termasuk salah seorang yang tidak pulang. Bagi yang ingin merasai suasana hari raya seperti di Malaysia bolehlah solat sunat aidilfitri di Masjid Musa An-Nusair, hayyu Sabi'e, Kaherah yang berkhatibkan orang melayu bersama para jemaah mahasiswa Malaysia yang tidak balik kampung.Terima kasih kepada Persatuan Melayu Republik Arab Mesir atas inisiatif seperti ini.Semoga inisiatif seperti  ini dapat diteruskan untuk masa-masa mendatang.
30 Ramadan 1431 H
9 September 2010 M

2010/09/01

53 Tahun Malaysia Merdeka

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum
  Klik gambar untuk paparan yang jelas (1280x800)

Setiap tahun menjelang malam 31 Ogos,
Semua golongan terutama golongan belia akan berkumpul untuk sama-sama merayakan malam ambang kemerdekaan,
Adakah dengan laungan merdeka serta sambutan, menunjukkan Malaysia sudah merdeka?
53 tahun Malaysia telah diberi kemerdekaan oleh penjajah British
Sejauh manakah Malaysia telah menjadi sebuah negara yang merdeka?
Sedar ataupun tidak
Walaupun negara telah merdeka dari sudut kekuasaan pemerintahan
tetapi minda serta pemikiran rakyat terutama golongan muda-mudi masih lagi dijajah
terutama dengan sogokon hiburan yang tidak sopan serta berlebihan.


 P/s : Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Ke-51
Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati umur
Buat abah yang tersayang 01092010
Merdeka

22 Ramadan 1431 H
1 September 2010 M

2010/08/20

Cipta Logo

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum


      Menjelang sambutan 20 tahun Negeri Kelantan Darul Naim di bawah dasar Membangun Bersama Islam, maka, pihak kerajaan negeri menganjurkan pertandingan mencipta logo untuk sambutan yang bakal menjelang tiba.Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk laman web kerajaan negeri Kelantan di http://www.kelantan.gov.my/.
 
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. HADIAH
Hanya seorang pemenang sahaja yang akan dipilih dan akan menerima hadiah WANG TUNAI sebanyak RM3000 sahaja.

2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
i.  Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga dunia.
ii. Logo WAJIB berteraskan konsep berikut :
    “Permuafakatan rakyat yang sejahtera dengan kepimpinan ulama menjayakan pembangunan berteraskan Islam”
iii. Penyertaan adalah percuma dan setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) logo ciptaan.
iv. Semua ciptaan logo hendaklah asli, bersifat dinamik dan korporat.
v.  Logo boleh dicipta dengan menggunakan grafik komputer mengikut standard JPEG, GIF, BMP, PICT atau melalui lukisan tangan.
vi. Saiz logo tidak dihadkan tetapi mestilah pada resolusi 300 piksel/inci.

3. TUNTUTAN HAKCIPTA
Semua hasil ciptaan logo yang diterima daripada peserta pertandingan adalah menjadi hak cipta dan hak milik KERAJAAN NEGERI KELANTAN dan boleh digunakan semula tanpa sebarang syarat.

4. KEPUTUSAN PANEL PENGADIL PERTANDINGAN
Keputusan Pengadil adalah MUKTAMAD.

5. TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Setiap rekaan logo hendakah diemelkan kepada ciptalogo20@kelantan.gov.my bersama-sama maklumat diri iaitu nama, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat, nombor telefon dan e-mail (jika ada) yang boleh dihubungi sebelum atau pada 25 OGOS 2010.

CEPAT SEBELUM TERLAMBAT

Rujukan
1. http://www.kelantan.gov.my/
2. http://www.ejoesolutions.com

10 Ramadan 1431H
20 Ogos 2010M

2010/08/14

Taqwim Ramadan 1431H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum
 
Klik gambar untuk paparan yang jelas (640x480)

Rujukan
- www.islamicFinder.com 

4 Ramadan 1431H
14 Ogos 2010M

2010/08/11

Ahlan Ya Ramadan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum
Firman Allah SWT yang bermaksud: " Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" (Al-Baqarah:183)

Ramadan mubarak kunjung kembali
hanya sekali dalam setahun
semoga kunjungan kali ini ibadat yang terisi
bersama memohon ampunan sebanyak mungkin

Klik gambar untuk paparan yang jelas (1065x800)

1 Ramadan 1431H
11 Ogos 2010M

2010/07/27

Nisfu Sya'ban 1431H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum

Klik gambar untuk paparan yang jelas (1280x800)

15 hari telah berlalu di bulan Sya'aban
15 hari lagi bakal menemui bulan Ramadan Al-Mubarak
Sejauhmanakah persediaan diri?
Semoga kita semua dapat bertemu dengan Ramadan pada tahun ini

15 Sya'aban 1431H
27 Julai 2010M

2010/07/24

Bazar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum

     Berakhir sudah bazar terbuka siswa Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) 2010 yang berlangsung selama 4 hari bermula pada 19 hingga 22 Julai 2010 di perkarangan Rumah Kelantan Baru(RKB), Hayyu Sabi'e, Kaherah.Pelbagai juadah disediakan untuk dinikmati oleh para pengunjung terutama kepada mahasiswa mahasiswi yang sudah lama tidak merasai masakan Malaysia serta tidak pulang bercuti pada musim panas tahun ini.
     Antara juadah yang disediakan nasi kerabu, nasi ikan keli percik, nasi beriani, nasi ayam percik, Ais Batu Campur(ABC), akok, karipap, keropok dan banyak lagi. Bagi pengunjung yang sudah lama tidak menikmati nasi kerabu sudah tentu akan memilih nasi kerabu sebagai menu utama berserta dengan ABC yang sangat sesuai untuk membasahkan tengkuk semasa musim panas ini.
     Saya sendiri telah menikmati tiga kali nasi kerabu serta tiga kali ABC.Alhamdulillah, walaupun tidak pulang ke kampung halaman tetapi dapat merasai makanan Kelantan di Mesir.Bazar pada kali ini diakhiri dengan persembahan dikir barat daripada kumpulan Darul Naim yang telah mempersembahkan dua buah lagu iaitu kau yang satu dan duit lima genih yang mana turut disaksikan oleh Encik Shaiful Anuar Mohamad, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (pemangku duta).
     'Ekonomi Islam Dijana, Kegemilangan Ummah Terbilang' itulah tema bazar pada kali. Semoga bazar pada masa akan datang akan lebih meriah dengan pelbagai juadah yang istimewa.
 Klik gambar untuk paparan yang jelas (1024x768)
12 Sya'ban 1431H
24 Julai 2010M

2010/07/20

Perhimpunan Pagi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum

 Klik gambar untuk paparan yang jelas (1280x800)

     Laungan nasyid Asma'ul Husna dan nasyidu sobah akan berkumandang setiap kali perhimpunan mingguan di padang sekolah Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu.Semua pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan 6 bersama tenaga pengajar bersama-sama dalam melaungkannya.
     Bermula dari situ saya dapat mengingati Asma'ul husna sehingga sekarang, Alhamdulillah. Mungkin sekolah-sekolah agama lain di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada perhimpunan mingguan mereka juga menyanyikan nasyid Asma'ul husna dan nasyidu sobah.Di bawah saya sertakan nasyidu sobah untuk tatapan pengunjung blog ini serta bekas pelajar MML.

Klik gambar untuk paparan yang jelas (1028x768)
8 Sya'ban 1431H
20 Julai 2010M

2010/05/23

Jauhi Sebelum Terjebak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamulaikum
Firman Allah SWT yang bermaksud: ' Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk' 17:32

     Kes buang bayi di Malaysia semakin menjadi-jadi. Bagaikan tiada penyudahnya, hari demi hari ada saja  kes bayi yang dijumpai sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Bagi yang tidak berperikemanusian bayi yang baru dilahirkan dibuang di tempat pembuangan sampah atau yang lebih kejam sanggup tanam bayi dan pam ke dalam mangkuk tandas. Bagi yang masih mempunyai jiwa manusia, bayi akan di letak di hadapan pintu pagar masjid atau di klinik supaya mengharapkan bayi tersebut diambil serta dijaga oleh seseorang.
     Berikut merupakan statistik anak luar nikah di Malaysia yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2005 hingga 2009:
       Merujuk kepada statistik di atas, jumlah keseluruhan anak luar nikah di Malaysia dari tahun 2005 hingga 2009 ialah seramai 214 033 atau bersamaan 0.79 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.Daripada jumlah itu Kaum Melayu yang beragama Islam mencatatkan bilangan kes yang tertinggi.Ini statistik anak luar nikah yang didaftarkan, tidak diketahui berapa ramai lagi anak luar nikah yang tidak didaftarkan oleh pelaku yang tidak bermoral.
     Seperti yang dilaporkan media, kes anak luar nikah ini melibatkan golongan remaja yang masih menuntut di universiti atau yang masih lagi di bangku sekolah. Apa dah jadi dengan remaja masa kini. Inikah bakal pemimpin masa akan datang?.Nauzubillah, semoga Allah menjauhi malapetaka ini daripada berlaku.
      Siapa yang bersalah dalam kes ini, remaja terlibat, ibu bapa, masyarakat, kawan-kawan, guru, pemimpin, media atau kerajaan.Ini bukan masa untuk mencari siapa yang benar dan siapa yang salah tetapi ini masanya untuk kita semua berganding bahu supaya kejadian anak luar nikah ini tidak lagi berlaku di Negara Malaysia yang tercinta.Kenapa begitu banyak sekali kes tersebut berlaku.Mungkin kerana termakan pujuk rayu, pengaruh rakan, tekanan perasaan atau saja-saja.
     Semua pihak terutamanya pihak kerajaan yang mempunyai kuasa hendaklah mengurangkan aktiviti hiburan yang melampau yang melibatkan percampuran jantina antara lelaki dengan perempuan.Manakala pihak media sama ada media cetak atau elektronik hendaklah mengurangkan iklan-iklan yang tidak elok serta rancangan hiburan yang banyak disajikan untuk penonton, dan banyakkan rancangan yang berunsur ilmiah atau hiburan yang santai.
     Islam telah mengajar kepada umatnya supaya jangan hampiri zina sebagaimana yang disebut di dalam surah Al-Israa' ayat 32.Adalah lebih baik remaja yang telah mempunyai pasangan atau cuba-cuba untuk mencari pasangan supaya cepat-cepat kembali ke pangkal jalan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.Jika anda betul-betul sukakan si dia, terus jumpa ibu bapa untuk  menyatakan hasrat anda untuk  berkahwin dan bukan terus bergelumang dengan maksiat dengan sering keluar bersama-sama pada waktu malam ataupun siang hari.Anda mampu mengubahnya.
     Semoga kejadian anak luar nikah di Malaysia tidak terus berlaku.Ya Allah selamatkan seluruh umat Islam di Malaysia daripada malapetaka ini.'Say no to couple'.
9 Jamadil Akhir 1431H
23 Mei 2010 M

Sumber berita
1. Seksanya mayat bayi ini.
2. Mayat bayi ditanam dekat landasan keretapi
3. Mayat bayi ditanam ditemui

2010/05/17

Syukran Cikgu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamulaikum


Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Usman Awang 1979

     Terima kasih buat guru-guruku di Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) Ar-Rasyidin, Sekolah Rendah Islam (SRI) An-Nur, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Ma'ahad Muhammadi Lelaki, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Mansurah yang telah memberi tunjuk ajar serta mendidik diri ini.Tidak dilupakan kepada abah dan umi yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, adik-beradik serta sahabat-sahabat dan rakan-rakan taulan yang telah banyak membantu sama ada dalam keadaan susah mahupun senang.
    Semoga semua sentiasa berada dalam rahmat Allah serta terus menabur bakti dalam membina insan yang sempurna akhlak demi agama, negara dan bangsa.Syukran cikgu, jasamu akan ku kenang sehingga akhir hayat.
 3 Jamadil Akhir 1431H
17 Mei 2010M

2010/05/13

Judi berlesen halal ker?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum
 Firman Allah SWT yang bermaksud:"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkurban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan setan.Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung" 5:90

     Kehangatan kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan mula dirasai bahangnya yang akan bermula pada 11 Jun 2010 ini, tidak terkecuali bahangnya dirasai di Malaysia.Pertaruhan bola sepak melibatkan ribuan ringgit bahkan jutaan ringgit akan dipertaruhkan semasa kejohanan berlangsung.Di Malaysia, pertaruhan bola sepak dibolehkan jika mempunyai lesen yang dikeluarkan kerajaan.Walaupun secara jelas disebut di dalam kitab suci Al-Qur'an bahawa perjudian adalah haram tetapi ini berlainan di Malaysia.
     Pada 6 Mei 2010,Timbalan Menteri Kewangan Malaysia,Datuk Dr Awang Adek Hussian telah menghangatkan lagi suasana kejohanan bola sepak piala dunia dengan mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan menimbang untuk mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak sepanjang kejohanan berlangsung kerana bagi mengelakkan pertaruhan secara haram daripada berleluasa.
    Selepas mendapat bantahan daripada banyak pihak, akhirnya pada 12 Mei 2010 kerajaan melalui kementerian kewangan telah bersetuju meluluskan lesen pertaruhan bola sepak yang akan dikendalikan oleh syarikat Berjaya Group seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina.
    Bekas bakal menteri besar kelantan itu juga berkata bahawa kerajaan mengeluarkan lesen itu bertujuan untuk mengelakkan pertaruhan secara haram dan jika kerajaan memberi lesen maka keuntungan dapat diperolehi oleh kerajaan.Mengawal atau menggalakkan rakyat Malaysia berjudi, mana yang lebih baik?
     Dengan kata lain, kerajaan telah menggalakkan rakyat Malaysia berjudi kerana telah membuka ruang untuk bertaruh.Pada pendapat saya adalah lebih baik kerajaan mengawal daripada berlakunya pertaruhan dengan mengurangkan premis-premis perjudian sedia ada kerana pertama, judi secara jelas haram seperti yang disebut dalam surah Al-Ma'idah ayat 90, kedua, judi boleh mengakibatkan individu yang terlibat melakukan jenayah seperti mencuri, meragut atau merompak.
     Tidak cukup dengan lesen pertaruhan sedia ada, lesen pertaruhan bola sepak pula diluluskan, bertambah untunglah kerajaan Malaysia.Diharapkan pihak yang berwajib boleh menasihatkan kerajaan dalam membuat keputusan yang melibatkan soal halal dan haram.Haram tetap haram walaupun lesen diluluskan.Dimana suara-suara lantang yang sering kedengaran sebelum ini dalam mempertahankan kalimah Allah.Suarakan pandangan anda sekarang dalam mencegah kemungkaran daripada terus berlaku di Malaysia yang tercinta.

2010/05/11

Wallpaper Kelantan FA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum

Klik gambar untuk paparan yang jelas (1280 x 800)

Klik gambar untuk paparan yang jelas (1280 x 800)
27 Jamadil Awwal 1431H
9 Mei 2010M

2010/05/09

Tanah Serendah Sekebun Bunga Terus Membangun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan hanya kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi. Dia memberikan ampun kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan mengazab siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" 46:14

      Membangun Bersama Islam dasar yang telah membawa banyak perubahan dan kemajuan kepada negeri Kelantan Darul Naim dalam pelbagai sudut sama ada perubahan pentadbiran, pengurusan kewangan,  pembangunan rohani, kemajuan material dan banyak lagi dapat dilihat sekarang.
      Setelah 20 tahun negeri cik siti wan kembang ini ditadbir oleh kepimpinan ulama', suasana aman dan harmoni dapat dikecapi oleh semua rakyat yang berbilang bangsa sama ada melayu, cina, india, siam dan orang asli. Jika dulu duit kerajaan negeri disimpan dalam bank yang riba' sekarang semua urusan kewangan negeri menggunakan sistem kewangan Islam dengan memindahkan semua akaun kerajaan ke dalam bank yang menggunakan sistem perbankan Islam yang sudah tentu jauh daripada terjebak dengan riba'.
     Premis-premis judi serta arak telah ditutup atas arahan menteri besar.Iklan-iklan yang dipaparkan di tepi jalan hendaklah tidak memperagakan aksi-aksi yang tidak baik, jika iklan itu ada memperagakan wanita maka hendaklah menutup aurat.Tulisan jawi telah dimartabatkan dengan mewajibkan papan-papan iklan hendaklah mempunyai tulisan jawi.
     Jalan Hamzah yang dulu terkenal dengan lorong gelap, kini telah berubah wajah dengan menjadi salah satu nadi kemajuan serta tempat urusan jual beli yang tersohor di Kelantan dengan terbinanya KB Mall dan KB Bazar.Pasar malam yang terletak di Jalan Hamzah suatu ketika dulu telah dipindahkan ke Wakaf Che Yeh, yang terkenal dengan jualan borong yang bermula selepas maghrib sehingga pagi keesokannya yang diteruskan pula dengan pasar tani.
     Enakmen kanun jenayah syariah (II) 1993 atau lebih dikenali dengan hukum hudud telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kelantan pada tahun 1993 tetapi undang-undang tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana ia hendaklah diluluskan di Parlimen Malaysia seperti mana yang termaktub di dalam perlembangaan Malaysia.Tahniah kerajaan Kelantan kerana berjaya meluluskan hukum hudud tapi apakan daya kuasa undang-undang jenayah berada bawah kuasa kerajaan persekutuan. Semoga suatu hari nanti Malaysia akan melaksanakan undang-undang Islam.
     Sambutan bulan sembahyang serta hari hudud telah membuka minda rakyat Kelantan bahawa betapa pentingnya  pembangunan rohani dalam membangunkan sesebuah negeri. Kelainan akan dapat rasai apabila tibanya bulan Ramadan kerana negeri serambi mekah akan mendirikan khemah-khemah di tengah-tengah bandar Kota Bharu untuk rakyat jelata sama-sama solat berjemaah.Kuliah-kuliah agama dapat dihadiri di banyak tempat tanpa sekatan.
     Sindrom rakyat keluar mencari rezeki di luar Kelantan adalah perkara biasa bukan bermakna mundur mungkin mereka ingin beralih angin untuk mencuba mencari rezeki di perantauan.Jika begitu Malaysia juga negara mundur kerana ada rakyat Malaysia yang berkerja di luar negara seperti Hong Kong, Singapura, Taiwan , UK dan lain-lain negara lagi.Dulu ramai penduduk kampung saya berkerja di Singapura tetapi sekarang semua telah pulang ke kampung halaman dengan membawa pulang habuan masing-masing serta pulang menabur bakti di Kelantan.
     Projek-projek pembangunan yang diuruskan sama ada kerajaan negeri atau pihak swasta terus rancak dibangunkan di sana-sini bagi menampung semangat urusniaga rakyat Kelantan yang tinggi tetapi projek kerajaan persekutuan di Kelantan ibarat 'hidup segan mati tak mahu' sebagai contoh projek jambatan kedua Sultan Yahya Petra masih lagi ditahap yang 30% walaupun telah lama dimulakan, projek pembesaran lapangan terbang Sultan Ismail Petra masih lagi belum siap 100% walaupun bangunan terminal telah siap dan banyak lagi projek yang masih berjalan dengan perlahan.
 
     Apa pun Kelantan terus membangun walaupun seakan-akan dinafikan pembangunan oleh kerajaan persekutuan.Semoga dasar Membangun Bersama Islam dapat diteruskan dalam memacu kemajuan 'tanah serendah sekebun bunga'.
 Klik gambar untuk paparan yang jelas
25 Jamadil Awal 1431H
9 Mei 2010M

Rujukan gambar:

2010/04/22

Wallpaper Calendar Jamadil Awwal 1431

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum

Klik gambar untuk paparan yang jelas (1280 x 800)

Klik gambar untuk paparan yang jelas (1280 x 800)

8 Jamadil Awwal 1431H
22 April 2010M

2010/04/11

Masih Belum Sedar

Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Katakanlah (Muhammad), "Dialah yang berkuasa mengirimkan azab kepadamu, dari atas atau dari bawah kakimu atau Dia mencampurkan kamu dalam golongan-golongan (yang saling bertentangan) dan merasakan kepada sebagian kamu keganasan sebagian yang lain." Perhatikanlah, bagaimana Kami menjelaskan berulang-ulang tanda-tanda(kekuasaan Kami) agar mereka memahami(nya)" (6:65)

       Hampir 4 bulan telah berlalu di tahun 2010 ini. Kejadian gempa bumi terus berlaku di banyak tempat  seperti Haiti, Chile, China, Mexico, Turki (hampir dengan tempat belajar ku sekarang Mesir), Indonesia (jiran tanah air ku Malaysia), Japan dan banyak lagi negara telah ditimpa kejadian gempa bumi. Kejadian ini telah meragut hampir 230 000 nyawa di seluruh dunia terutamanya di negara kepulauan Haiti.8.8 skala ricther yang dicatatkan di Chile adalah gegaran yang paling kuat setakat ini sehingga mencetuskan keadaan panik kemungkinan tsunami besar akan berlaku sebagaimana kejadian tsunami di Acheh, Indonesia pada 25 Disember 2004 yang lalu.
      Gempa demi gempa terus berlaku, kejadian ini tidak hanya menimpa kepada orang yang melakukan kerosakan di muka bumi Allah SWT bahkan kepada orang yang berbuat baik akan turut sama ditimpa kejadian bencana ini. Walaupun tempat yang saya dan anda semua sedang diami sekarang masih belum berlaku gempa bumi atau musibah lain tetapi kita harus sentiasa ingat, Allah SWT Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.
      Sedarlah sekarang wahai diri yang banyak melakukan kerosakan di muka bumi Allah ini. Usah nanti akan bencana berlaku baru mula mencari di mana arah kiblat, di mana masjid, di mana sejadah, di mana kelas pengajian agama dan sebagainya.
      Taubat segera usah nanti akan malapetaka Ilahi -TSUNAMI. Itulah yang perlu kita sentiasa lakukan. Marilah kita membentuk suasana yang aman dan harmoni dalam menurut perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Apa untungnya kita saling tuduh menuduh antara satu sama lain. Sama-sama koreksi diri, betulkah yang apa aku lakukan ini?Adakah ia menurut kehendak Islam?.Jika tidak ikut Islam rugilah kita.

Klik gambar untuk paparan yang jelas (1280 x 800)

26 Rabi'ul Akhir 1431H
11 April 2010M

2010/04/07

Wallpaper Calendar April 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum

 Klik gambar untuk paparan yang jelas (1028 x 768)

Klik gambar untuk paparan yang jelas (1028 x 768)

22 Rabi'ul Akhir 1431H
7 April 2010M

2010/03/31

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum

Firman Allah SWT yang bermaksud: 'Dan Allah telah menciptakan kamu, kemudian mewafatkanmu, di antara kamu ada yang dikembalikan kepada usia yang tua renta(pikun), sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang pernah diketahuinya.Sunguh, Allah Maha Mengetahui, Mahakuasa. (16:70)

     10 Mac 2010 yang lalu dunia telah dikejutkan dengan kehilangan seorang ulama' yang disegani oleh seluruh lapisan masyarakat seantero dunia.Beliau adalah Sheikh Mohamed Syed Tantawi, Sheikul Al-Azhar As-Syarif.Sheikh telah menghembuskan nafas terakhir semasa berada di lapangan terbang di Arab Saudi akibat daripada serangan sakit jantung.Sheikh telah banyak menyumbang idea serta pandangan semasa hayat sheikh, semoga sumbangan yang telah diberikan oleh sheikh akan mendapat ganjaran sebaiknya daripada Allah SWT dan semoga roh sheikh ditempatkan dikalangan para anbiya' serta orang-orang yang soleh.Amin
-Al-fatihah-
    
     Manakala, pada 19 Mac 2010, Presiden Mesir, Muhammad Husni Mubarak telah mengumumkan perlantikan Doktor Ahmad Muhammad Ahmad Tayyib, Presiden Universiti Al-Azhar sebagai Sheikh Al-Azhar As-Syarif yang baru berikutan kembalinya Sheikh Tantawi ke rahmatullah.Tahniah diucapkan atas perlantikan.Semoga dengan perlantikan itu, kegemilangan Universiti Al-Azhar As-Syarif sebagai salah sebuah institusi pengajian yang tertua di dunia dapat diteruskan serta Sheikh dapat menyumbang idea dan pandangan dalam menyatukan seluruh umat Islam di seluruh dunia.Mari bersama kenali Sheikh secara ringkas.
15 Rabi'ul Akhir 1431H
31 Mac 2010 M

Sumber:
1. Berita disini
2. Berita disini

2010/03/25

Mahasiswa Perlu Tegas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum

Firman Allah SWT yang bermaksud: ‘(yaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan'  (Ali-Imran:134)

            Mahasiswa hendaklah tegas dalam melakukan sesuatu tindakan terutamanya yang melibatkan kebajikan untuk semua rakan-rakan mahasiswa yang lain.Tegas dalam erti kata yang betul lagi benar bukan tegas dengan membawa unsur-unsur yang boleh disalah tafsir oleh masyarakat serta mahasiswa sendiri.
            Jika ada pihak yang melakukan kesalahan atau kesilapan, maka sebagai mahasiswa hendaklah sama-sama membetulkan keadaan dengan menyatakan pendirian yang tegas serta dengan cara teguran yang berhemah bahawa itu salah dan perlu dilakukan siasatan terlebih dahulu terhadap perkara yang berlaku, bukan dengan tindakan yang tegas tanpa usul periksa terlebih dahulu.
            Pihak yang berkenaan juga hendaklah menerima dengan jiwa serta hati yang terbuka untuk membetulkan kesilapan atau kesalahan yang ditegur oleh mahasiswa.Mahasiswa boleh bertindak sebagai penanda aras kepada pihak pengurusan universiti terutamanya dan kerajaan amnya.
           Kritikan mahasiswa yang tegas lagi lantang bukan bermakna mahasiswa berfikiran prokerajaan, propembangkang atau menyebelahi mana-mana pihak tetapi kerana mahasiswa mempunyai hak untuk menyatakan pendirian masing-masing dalam memastikan pihak pentadbiran universiti dan kerajaan bertindak adil dan saksama terhadap semua mahasiswa.
           
"Mahasiswa boleh mengkritik Kerajaan, dan Kerajaan tidak boleh cop pengkritik sebagai pembangkang," Kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

            Beliau juga ada menyebut pihak pentadbiran universiti tidak perlu mengenakan peraturan yang ketat untuk mahasiswa menggunakan sudut pidato yang mula diwujudkan semula bermula pada pemilihan majlis perwakilan pelajar sesi 2009/2010 di institut pengajian tinggi awam yang lalu, selepas lebih 20 tahun sudut pidato dimansuhkan apabila pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 (AUKU) diperkenalkan berikutan ia disalahgunakan untuk berpolitik.
            Tetapi ini berlainan untuk mahasiswa Malaysia yang menuntut di universiti Mansurah, Mesir kerana berada nun jauh dari tanah air tercinta yang mana tidak ada sudut pidato. Mereka boleh mengkritik pihak persatuan dalam nada yang tegas dengan disertai hujah yang bernas dalam konteks membetulkan kesilapan serta memberi cadangan yang membina untuk kebaikan semua mahasiswa.Kritikan juga hendaklah disalurkan kepada yang berkenaan dan bukan hanya bercakap belakang.Apabila kritikan itu tidak sampai kepada yang berkenaan maka jadilah tuduh menuduh, fitnah memfitnah dan sebagainya, aku betul kau salah, kau salah aku betul.Jadi apa kesudahannya, ada baiknya jika ada ketidakpuasan hati yang terbuku dihati sanubari dibawa berbincang dengan baik sebagai seorang mahasiswa yang berpendidikan tinggi dan berfikiran rasional.
           Kita semuakan mahasiswa Malaysia yang sayangkan perpaduan, jauh dari tanah air. Pepatah Melayu ada menyebut ‘bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat’.Marilah kita sama-sama berusaha mewujudkan biah solehah, tegur-menegur serta mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang bakal kita semua hadapi nanti.


klik gambar untuk paparan yang jelas (1280x800)

9 Rabi'ul Akhir 1431H
25 Mac 2010M

Sumber
1. Berita disini

2010/03/18

Bila Mulut Berbicara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum
Firman Allah SWT yang bermaksud: 'Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebagian kamu terhadap yang lain, nanti (pahala) segala amalmu bias terhapus sedangkan kamu tidak menyadari’ (49:2)

            Setiap perkataan yang dikeluarkan oleh mulut manusia sama ada perkataan baik atau buruk, semuanya akan dicatat oleh malaikat dan akan dibentangkan pada Hari Kiamat kelak dimana semua manusia akan diadili dengan seadil-adilnya.
            Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa, begitulah peribahasa Melayu berkenaan dengan mulut.
            Gunakan mulut kita dengan sebaik mungkin, banyakkan zikir dengan senantiasa menyebut Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar dan jauhkan daripada mengeluarkan kata-kata yang buruk, kesat dan tidak berfaedah.Elakkan daripada menyebar berita-berita atau khabar angin yang tidak benar sama sekali.Biarlah diri anda sahaja yang mengetahui daripada anda menyebarkan sesuatu yang anda tidak pasti akan kebenarannya.
            Ikutilah suruhan Nabi Muhammad SAW sebagaimana sabda Baginda:

            Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah menyakiti tetangganya - baik dengan kata-kata atau perbuatan. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah memuliakan tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah berkata yang baik atau - kalau tidak dapat berkata baik - maka hendaklah berdiam saja - yakni jangan malahan berkata yang tidak baik." (Muttafaqun'alaih)

            Berbicaralah dengan hati yang tenang bukan berbicara dengan mengikut perasaan yang dipandu pula sifat marah yang membara.Turutilah apa yang telah diajar oleh Baginda SAW, berkatalah baik atau diam sahaja jika kata-kata yang bakal atau akan diluahkan boleh membawa kepada kebencian atau perpecahan.
Semasa anda dalam kenderaan, semasa berjalan kaki ke kuliah atau ke mana-mana tempat lazimi mulut anda dengan menyebut zikir mengingati Allah.Tidak rugi untuk kita sentiasa berzikir, bahkan akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

“Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir” – Imam As-Syafie

            Jadi saya mengajak diri saya serta sahabat-sahabat semua untuk sama-sama kita amalkan zikir pada setiap detik yang kita lalui serta tidak bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah.Jom kita ajak rakan-rakan terdekat kita supaya banyakkan berzikir.
Sayangi Perpaduan, Jauhi Perpecahan
 (klik gambar untuk paparan yang jelas)
(klik gambar untuk paparan yang jelas)
2 Rabi'ul Akhir 1431H
18 Mac 2010 M

2010/03/10

Semangat Kerjasama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum
Firman Allah SWT yang bermaksud:'Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu pasukan (musuh), maka berteguh hatilah dan sebutlah (nama) Allah banyak-banyak (berzikir dan berdoa') agar kamu beruntung' (8:45)

      Adakah anda telah memberi kerjasama pada hari ini?.
     Yer,kita hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya jika kita menerima arahan atau suruhan daripada pihak pimpinan, lebih-lebih lagi pemimpin yang telah kita pilih.Itupun kerjasama dalam membuat perkara kebaikan bukan dalam membuat perkara keburukan.
     Kita telah memilih mereka untuk menjadi pemimpin kita, maka kita hendaklah memberi kerjasama atas setiap perancangan yang bakal atau sedang dijalankan.
     Sekarang ini PERUBATAN Cawangan Mansurah sedang menganjurkan kempen Bi'ah Solehah yang bertemakan ' Cintai Rasulullah SAW, pemangkin Bi'ah Solehah'.Maka kita sebagai ahli hendaklah sama-sama mengerakkan serta menjayakan kempen itu, tanpa kerjasama daripada kita semua kempen Bi'ah Solehah tidak akan berjalan seperti yang telah dirancangkan.
     Cuba kita lihat pada diri kita, apa akan terjadi sekiranya jantung tidak memberi kerjasama kepada otak supaya mengepam darah sedangkan tubuh badan kita memerlukan darah, sudah tentu kita akan mati.Mata tidak memberi kerjasama untuk melihat semasa kita berjalan, sudah tentu kita akan terlanggar sesuatu.
     Begitu jugalah kita sebagai seorang hamba kepada yang Maha Melihat, kita hendaklah sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya atau dengan kata lain wajib menuruti segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.Setiap amal perbuatan kita akan dicatat dan akan dinilai suatu hari nanti.
     Akhir kata, tahniah buat pasukan Kelantan B kerana telah menjuarai kejohanan Futsal Piala Presiden 2010 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 2 hingga 4 Mac yang lalu.Adakah mereka akan berjaya sekiranya mereka tidak memberi kerjasama sebagai sebuah pasukan?tentu sekali tidak.Anda setuju dengan saya?.Oleh itu, marilah kita sama-sama memberi kerjasama kepada pimpinan persatuan dalam apa jua program atau kempen yang bakal dijalankan nanti.Ayuh kita sama-sama menjayakan kempen Bi'ah Solehah bagi memastikan suasana kita di Mansurah sentiasa berada dalam rahmat Allah,InsyaAllah.
Klik gambar untuk paparan yang jelas (1024x750)
24 Rabi'ul Awal 1431H
10 Mac 2010M
Sumber:
1. Gambar disini
2. Berita Futsal disni

2010/03/03

Gagasan 1 Malaysia : Kesungguhan @ Retorik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Maka tetaplah engkau (Muhammad) (di jalan yang benar), sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas.Sungguh Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan" 11:112

      Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan itulah slogan yang dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak di bawah gagasan yang dinamakan 1 Malaysia.Selepas mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi,Perdana Menteri yang ke-5 pada 3 April 2009,Dato' Sri Najib terus dengan agenda beliau dalam membina semangat satu Malaysia untuk semua bangsa dan kaum yang berada di Malaysia.
     Melayu, Cina dan India yang merupakan tiga bangsa yang terbesar di Malaysia serta bangsa lain bakal dikenali sebagai bangsa Malaysia, itulah antara agenda gagasan ini diwujudkan
     Jika dulu gagasan wawasan 2020 dibawa oleh perdana menteri ke-4 telah membawa Malaysia ke mata dunia sebagai sebuah negara kerdil yang cepat membangun jika dibandingkan dengan negara yang lebih awal mendapat kemerdekaan tetapi disitu juga Malaysia dikenali sebagai negara yang tidak mengamalkan konsep demokrasi dengan sepenuhnya.Pelbagai kepincangan telah berlaku antaranya kes pengundi hantu, kes mengatur pemilihan hakim, kes rasuah, kes menangkap individu tanpa bicara dibawah yang akta yang dikatakan zalim oleh ramai pihak serta kes pemecatan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan beliau dan banyak lagi kepincangan telah berlaku.
    Selepas itu diikuti pula gagasan Islam Hadhari yang dibawa oleh perdana menteri ke-5.Disini rakyat Malaysia begitu teruja dengan gagasan ini terutamanya kaum Melayu Islam.10 prinsip yang terkandung dalam gagasan itu dihebahkan disegenap pelusuk tanah air supaya rakyat menghayatinya sehingga Malaysia dikenali sebagai sebuah negara Islam.Tetapi disitu timbul persoalan, adakah Islam yang ada sekarang tidak sempurna?sehingga tercipta gagasan Islam Hadhari.Disitu ramai ulama' telah membahaskan gagasan itu dengan panjang lebar sehingga ada yang mengatakan salah dan ada juga yang mengatakan itu betul.
    Sekarang gagasan 1 Malaysia pula cuba dibawa oleh perdana menteri ke-6, dalam memastikan semua kaum bersatu padu serta dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni.Klinik 1 Malaysia, Amanah Saham 1 Malaysia, biasiswa 1 Malaysia dan banyak lagi yang satunya telah dicanangkan oleh kerajaan sekarang.Sejauh manakah kerajaan bersungguh dalam memastikan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan itu berjalan dengan lancar dan bukan sekadar retorik semata-mata hanya akan diketahui keputusannya pada pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.
     Mahasiswa mahasiswi Mansurah amat bertuah kerana telah dikunjungi oleh wakil kerajaan Malaysia bagi menerangkan tentang konsep gagasan 1 Malaysia serta tentang isu-isu semasa di tanah air tercinta.Majlis tersebut juga diserikan dengan soal jawab antara tetamu dengan mahasiswa, berbagai persoalan telah diajukan antaranya isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan, isu gejala sosial yang semakin membarah,isu biasiswa 1 Malaysia dan sebagainya.
     Penulis mengharapkan pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu-isu yang telah diutarakan oleh mahasiswa Mansurah.Sebagai seorang yang berwarganegara Malaysia amatlah mengharapkan Malaysia menjadi sebuah negara yang akan mengamalkan Islam dengan sepenuhnya.
Jadikan slogan 'Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan' itu untuk semua rakyat bukan untuk sebahagian rakyat tertentu sahaja, dimana 13 buah negeri yang telah membentuk Persekutuan Malaysia.
 
(klik gambar untuk paparan yang jelas) 1280x800
17 Rabi'ul Awal 1430H
3 Mac 2010M
Copyright © 1431 zizaur® . All rights reserved
There was an error in this gadget

PAUTAN