Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Firman Allah SWT yang bermaksud: ' Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk' 17:32
Kes buang bayi di Malaysia semakin menjadi-jadi. Bagaikan tiada penyudahnya, hari demi hari ada saja kes bayi yang dijumpai sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Bagi yang tidak berperikemanusian bayi yang baru dilahirkan dibuang di tempat pembuangan sampah atau yang lebih kejam sanggup tanam bayi dan pam ke dalam mangkuk tandas. Bagi yang masih mempunyai jiwa manusia, bayi akan di letak di hadapan pintu pagar masjid atau di klinik supaya mengharapkan bayi tersebut diambil serta dijaga oleh seseorang.
Berikut merupakan statistik anak luar nikah di Malaysia yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2005 hingga 2009:
Merujuk kepada statistik di atas, jumlah keseluruhan anak luar nikah di Malaysia dari tahun 2005 hingga 2009 ialah seramai 214 033 atau bersamaan 0.79 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.Daripada jumlah itu Kaum Melayu yang beragama Islam mencatatkan bilangan kes yang tertinggi.Ini statistik anak luar nikah yang didaftarkan, tidak diketahui berapa ramai lagi anak luar nikah yang tidak didaftarkan oleh pelaku yang tidak bermoral.
Seperti yang dilaporkan media, kes anak luar nikah ini melibatkan golongan remaja yang masih menuntut di universiti atau yang masih lagi di bangku sekolah. Apa dah jadi dengan remaja masa kini. Inikah bakal pemimpin masa akan datang?.Nauzubillah, semoga Allah menjauhi malapetaka ini daripada berlaku.
Siapa yang bersalah dalam kes ini, remaja terlibat, ibu bapa, masyarakat, kawan-kawan, guru, pemimpin, media atau kerajaan.Ini bukan masa untuk mencari siapa yang benar dan siapa yang salah tetapi ini masanya untuk kita semua berganding bahu supaya kejadian anak luar nikah ini tidak lagi berlaku di Negara Malaysia yang tercinta.Kenapa begitu banyak sekali kes tersebut berlaku.Mungkin kerana termakan pujuk rayu, pengaruh rakan, tekanan perasaan atau saja-saja.
Semua pihak terutamanya pihak kerajaan yang mempunyai kuasa hendaklah mengurangkan aktiviti hiburan yang melampau yang melibatkan percampuran jantina antara lelaki dengan perempuan.Manakala pihak media sama ada media cetak atau elektronik hendaklah mengurangkan iklan-iklan yang tidak elok serta rancangan hiburan yang banyak disajikan untuk penonton, dan banyakkan rancangan yang berunsur ilmiah atau hiburan yang santai.
Islam telah mengajar kepada umatnya supaya jangan hampiri zina sebagaimana yang disebut di dalam surah Al-Israa' ayat 32.Adalah lebih baik remaja yang telah mempunyai pasangan atau cuba-cuba untuk mencari pasangan supaya cepat-cepat kembali ke pangkal jalan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.Jika anda betul-betul sukakan si dia, terus jumpa ibu bapa untuk menyatakan hasrat anda untuk berkahwin dan bukan terus bergelumang dengan maksiat dengan sering keluar bersama-sama pada waktu malam ataupun siang hari.Anda mampu mengubahnya.
Semoga kejadian anak luar nikah di Malaysia tidak terus berlaku.Ya Allah selamatkan seluruh umat Islam di Malaysia daripada malapetaka ini.'Say no to couple'.
9 Jamadil Akhir 1431H
23 Mei 2010 M
Sumber berita
1. Seksanya mayat bayi ini.
2. Mayat bayi ditanam dekat landasan keretapi
3. Mayat bayi ditanam ditemui

0 comments:
Post a Comment