2010/01/27

Berserah kepada-Nya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum


Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan mengapa kami tidak akan bertawakal kepada Allah,sedangkan Dia telah menunjukkan jalan kepada kami, dan kami sungguh, akan tetap bersabar terhadap gangguan yang kamu lakukan kepada kami.Dan hanya kepada Allah saja orang yang bertawakal berserah diri".(Ibrahim:12)

     Esok hari 28/01/2010, merupakan hari yang penting bagi semua mahasiswa fakulti perubatan universiti Mansurah kerana akan menempuh peperiksaan pertengahan tahun.Bagi mahasiswa fakulti pergigian yang sedang menjalani peperiksaan teruskan langkah dengan sebaiknya.Kejayaan bakal mengiringi anda semua.
     Setelah 3 bulan berulang alik dari kuliah, akhirnya tibalah masa untuk meluahkan apa yang telah dipelajari.Setiap yang diajar oleh doktor akan cuba diingat kembali, setiap lebaran catatan semasa kuliah akan dirujuk kembali.
     Bila tibanya musim peperiksaan akan penuhlah masjid-masjid dengan jemaah kebanyakannya daripada golongan mahasiswa.Alhamdulillah, satu perkembangan yang menarik dalam mengimarahkan masjid.Alangkah bagus sekirannya ini berterusan tanpa mengira musim.
     Adakah aku berserah kepada-Nya hanya bila tiba musim peperiksaan?,tanya diri anda.Setiap perbuatan yang dilakukan hendaklah sentiasa tawakal kepada yang Maha Mengetahui.Usaha yang gigih hendaklah diiringi dengan doa serta tawakal, hanya kepada Allah sahaja kita berserah.Siapa kita?.Kita hanyalah hamba Allah, hamba!!melakukan yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang.
    Oleh itu,marilah kita sama-sama koreksi diri,adakah kita dekat kepada-Nya hanya bila tiba peperiksaan atau sentiasa dekat kepada-Nya tanpa mengira waktu?.
    Usaha tangga kejayaan.Ingatlah Allah, Allah akan ingat siapa yang mengingati-Nya.Wallahu'alam.
 Selamat Maju Jaya

 (klik untuk paparan yang jelas) 1280x800
12 Safar 1431 H
27 Januari 2010 M

2010/01/24

MAT PERUBATAN KALI KE-7

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum


Firman Allah SWT yang bermaksud: "dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi)seruan Tuhan dan melaksanakan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka" (As-Syuura:38)

     Mesyuarat merupakan satu perkara yang penting bagi manusia dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul, yang tidak boleh diselesaikan secara individu.Bagi mendapat penyelesaian yang terbaik, individu-individu yang pakar dalam bidang yang diceburi dipanggil untuk duduk semeja bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
     Namun setiap penyelesaian yang diputuskan hendaklah kembali kepada Allah SWT yang Maha Mengetahui.Kita hendaklah yakin dan tawakkal dengan kehendak yang Maha Esa dalam menentukan keputusan yang terbaik.Kita hanya merancang tetapi Allah SWT yang menentukan.
                                        ___________________________________________

 
(klik untuk paparan yang jelas) 1280x800
     Awal bulan Februari nanti akan diadakan mesyuarat agung tahunan Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) Kali Ke-7.Bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) atau lebih dikenali ARMA (Asrama Rumah Melayu Abbasiah) dikalangan mahasiswa-mahasiswa univesiti Al-Azhar.Kini, Ahli PERUBATAN yang semakin bertambah di seluruh pelusuk Mesir telah membawa kepada penubuhan cawangan PERUBATAN di setiap muhafazah(negeri) yang didiami oleh ahli.
     Sebagai ahli yang berdaftar dan telah menjelaskan yuran tahunan, anda berhak untuk menyuarakan segala pandangan, komentar serta cadangan yang bernas kepada pimpinan persatuan dengan mendaftar sebagai perwakilan.Usah berbicara diluar mesyuarat jika mempunyai komentar perjalanan persatuan. Gunakan saluran yang betul bagi menyampaikan segala pendapat anda.
     Adakah anda ahli PERUBATAN yang berdaftar dan telah menjelaskan yuran tahunan?.Gunakan hak anda sebaik mungkin, peluang hanya datang sekali dalam setahun.Jom daftar sebelum terlambat.Hantarkan usul anda sebelum 14 Safar 1431 H.

Poster MAT PERUBATAN KALI KE-7

(klik untuk paparan yang jelas)
maklumat lanjut layari;
untuk mahasiswa-mahasiswi di Mansurah, klik disini

9 Safar 1431 H
24 Januari 2010 M

Rujukan;
1. Al-Qur'an
2. Laman web MAT PERUBATAN Kali ke-7
3. Laman web PCM

2010/01/17

3G

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan,"sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat" (Ibrahim:7)

    Pada tanggal 26 Muharram 1431 H bersamaan 12 Januari 2010 M, masa 4.53 petang waktu tempatan, hari selasa telah berlaku satu gempa bumi yang kuat di negara kepulauan Haiti. Gempa bermagnitud 7.0 skala Richter telah memusnahkan ibu negara Haiti, Port-au-Prince sama sekali.Pusat gempa sejauh 25 kilometer dari pusat bandar pada kedalaman 13 kilometer telah menyebabkan ramai mangsa yang terkorban, bangunan awam runtuh termasuk hospital dan tidak ketinggalan istana presiden turut mengalami nasih yang sama. Pihak kerajaan Haiti menganggarkan angka kematian mungkin melebihi 200,000 orang.
    Persoalannya,adakah ini ujian atau azab yang Allah ingin tunjukkan kepada makluk-Nya bahawa betapa hebat kekuasaan-Nya ?. Manusia tidak boleh lari jika Allah ingin menurukan sesuatu ujian atau azab. Sedang bermesyuarat,sedang berjalan kaki ke kuliah,sedang menaip, sedang khusyuk minum air kopi tiba-tiba gegaran berlaku dalam beberapa ketika yang boleh menyebabkan banyak harta benda musnah termasuk ramai yang terkorban. Jika terselamat, alhamdulillah, boleh terus mensyukuri nikmat-Nya. Jika tidak, amat malang jika ketika hidup tidak mensyukuri nikmat-Nya. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bersyukur setiap kali mendapat nikmat-Nya supaya kita semua terhindar daripada azab-Nya dan jadikanlah kejadian ini sebagai pengajaran untuk kita lebih mensyukuri nikmat-Nya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.


(klik untuk paparan yang jelas) 1280x800



Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
dan matahari berjalan di tempat peredarannya.Demikianlah ketetapan (Allah) Yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui. (Yaasin:38)

     Pada tanggal 29 Muharram 1431 H bersamaan 15 Januari 2010 M, hari jumaat telah berlaku satu fenomena gerhana matahari. Kali terakhir fenomena ini berlaku setahun yang lalu iaitu pada 26 Januari 2009 M.Kebanyakan kita akan menanti kejadian ini berlaku untuk melihat matahari dilindungi bulan terutamanya pengkaji ilmu astronomi. Kejadian ini merupakan bukti kebesaran Allah supaya manusia sedar bahawa mereka adalah hamba yang lemah dan tidak mampu membuat sesuatu apa pun melainkan dengan izin-Nya.
    Bagi umat Islam, solat sunat gerhana matahari akan didirikan samaada secara individu di rumah atau berjemaah di masjid kerana menuruti sunnah junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Solat sunat ini adalah sunat mu'akkad (dituntut) untuk didirikan.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a yang bermaksud:
“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya bertakbirlah, berdoalah kepada Allah, bersolatlah dan bersedekahlah. Wahai umat Muhammad, tidak ada yang lebih cemburu (marah) mengatasi kemarahan Allah atas perbuatan zina di kalangan hamba-Nya sama ada lelaki atau perempuan. Wahai Umat Muhammad, demi Allah, jika kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis”. (Hadith riwayat Muslim)

     Jadikanlah kejadian ini sebagai ingatan kepada kita semua bahawa Allah yang Maha Besar dan Maha Agung boleh melakukan apa sahaja ke atas makhluk ciptaan-Nya daripada kecil sehingga besar seperti kejadian ini.Hanya Allah yang Maha Mengetahui.



(klik untuk paparan yang jelas) 1280x800


  
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
Dan sesungguhnya Dialah yang menciptakan pasangan laki-laki dan perempuan. (An-Najm:45)

3. Gerbang perkahwinan
    Saban tahun menjelang musim cuti akan ada pasangan yang akan melangsungkan majlis perkahwinan samaada di Malaysia atau di Mesir.Tahniah kepada pasangan yang bakal diijab kabul semoga berkekalan hingga akhir hayat serta sentiasa mendapat rahmat dan lindungan Allah S.W.T.
   Kahwin merupakan lumrah bagi kehidupan manusia sebagai mana yang telah ditunjukkan oleh Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Setiap benda diciptakan berpasang-pasangan sebagai contoh positif -negatif, lelaki-perempuan, timur-barat, utara-selatan dan sebagainya. Baginda amat menyukai umatnya yang berkahwin kerana dapat menambahkan umat baginda.
   Jadi apa tunggu lagi, jika dah berkemampuan di sudut zahir dan batin dan cukup syarat-syaratnya maka laksanakan sunnuh baginda. Bagi yang tidak berkemampuan baginda menganjurkan kepada umatnya supaya berpuasa bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
   Kahwin semasa belajar!! adakah terlalu awal?. Sekali lagi alfu mabruk kepada sahabat dan sahabiah yang bakal ke gerbang perkahwinan pada cuti musim sejuk nanti semoga majlis anda semua dipermudahkan dan berjalan lancar. Bagaimana dengan anda? jangan lupa untuk menjemput penulis ke majlis walimah anda.Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Jauhi maksiat, Turuti sunnah.

 
(klik untuk paparan yang jelas) 1280x800

3G
(Gempa bumi, Gerhana matahari & Gerbang perkahwinan)
2 Safar 1431 H
17 Januari 2010 M

Rujukan;
1. Al-Qur'an
2. Wikipedia, 2010 Haiti earthquake
4. Blog sahabat-sahabat.

2010/01/10

Tanya orang yang berilmu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum


 Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui. (Al-Anbiya’:7)

      Alhamdulilllah,masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk hidup di dunia ini. Masih dapat menghirup udara segar, menikmati makanan yang enak, minuman yang sedap dan pelbagai nikmat yang telah diberikan oleh-Nya.
     Adakah kita telah menggunakan nikmat ini dengan sebaik mungkin?. Jika Ya,Alhamdulillah. Jika tidak, maka cepat-cepatlah berbuat sesuatu. Jadi sedarlah nikmat yang diberikan ini bukan percuma tetapi akan ditanya kemana ia digunakan.
    Jika kita menggunakan elektrik,setiap hujung bulan akan sampai bil supaya kita bayar.Jika nikmat yang kita gunakan ini mempunyai bil, maka teramat banyak yang kita perlu bayar. Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan.Tunaikanlah suruhan-Nya, tinggalkanlah larangan-Nya.
    Gunakan nikmat masa yang diberikan untuk menuntut ilmu Allah dengan sebanyak-banyaknya, selagi mana jantung belum berhenti bendenyut, roh belum bercerai daripada jasad.
    Dalam kita menuntut ilmu perubatan, banyak perkara kita tidak tahu hal berkaitan dengan agama seperti ibadah pesakit, hukum berkaitan kelahiran dan sebagainya.Jadi, apa salahnya jika kita iringi ilmu kita dengan ilmu agama yang banyak berhubung kait antara satu sama lain. Saya mengajak diri saya dan sahabat-sahabat semua untuk sama-sama kita menghadiri pengajian Madrasah Imam Nawawi yang diadakan tiga kali seminggu ataupun mana-mana majlis ilmu supaya kita dapat meluaskan ilmu berkaitan hukum-hakam untuk digunakan semasa menjadi doktor suatu masa nanti.
  Rujuk jadual dibawah:
 
(klik untuk paparan yang jelas)

Gunakanlah nikmat yang diberikan dengan sebaik mungkin

24 Muharram 1431 H
10 Januari 2010 M

2010/01/03

Doa Sebelum Mula Pengajian Madrasah Imam Nawawi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum

 Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
(Dan Tuhan kamu berfirman : " Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Ku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dan takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina). - Al-Mu'min:60

       Doa ini juga boleh diamalkan sebelum belajar atau sebelum mula kuliah.JOM KITA SAMA-SAMA AMALKAN. InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan kita dalam menuntut ilmu dan memberi kefahaman dalam setiap pelajaran yang kita belajar.



(klik untuk paparan yang jelas)

Maklumat lanjut boleh layari
blog Ustaz Salman - http://akhisalman.blogspot.com

17 Muharram 1431 H
3 Januari 2010 M


Copyright © 1431 zizaur® . All rights reserved
There was an error in this gadget

PAUTAN