2010/02/27

Salam Maulidur Rasul SAW 1431H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum

 
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak mengingat Allah"33:21

     Tanggal 12 Rabi'ul Awal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia tidak akan terlepas untuk menyambut hari yang bersejarah ini kerana pada tarikh ini telah lahir seorang manusia yang akan membawa sinar cahaya ke seluruh alam.
     'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah' itulah tema sambutan maulidur Rasul 1431H/2010 peringkat kebangsaan yang telah diadakan sambutannya di Masjid Putra, Putrajaya. Dengan tema sebegitu hebat,diharapkan semua umat Islam di Malaysia dapat menghayati sepenuhnya sirah perjuangan Rasullulah SAW bukan sekadar menghadirkan diri ke majlis sambutan atau hanya menyertai perarakan yang saban tahun diadakan tetapi dengan menerapkannya dalam seluruh aspek kehidupan seharian.
     Penuntut Malaysia di bumi Mesir juga tidak ketinggalan untuk membesarkan hari kelahiran junjungan besar SAW dengan mengadakan majlis sambutan.Di Mansurah, mahasiswa mahasiswi telah memenuhi dewan kuliah Kamaluddin untuk sama-sama mendengar ceramah yang bertajuk 'Mata Rantai Perjuangan Rasulullah: Peranan Mahasiswa/wi kini'.Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr Ahmad Haikal bin Idris yang baru sahaja menamatkan pengajian MBBCh beliau di universiti Kaherah,tahniah diucapkan.
     Semoga apa yang telah disampaikan oleh penceramah dapat dijadikan pembangkit semangat dalam meneruskan perjuangan Rasulullah SAW.
     Jom amalkan selawat.     
 
(klik untuk paparan yang jelas) 1280x800 
13 Rabi'ul Awal 1431H
27 Februari 2010M

2010/02/24

Penghujung Sungai Nil

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum

 
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu, Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing" (Ar-Rahman:19-20)

     PERUBATAN Cawangan Mansurah sesi 2009/2010 telah menganjurkan satu program yang dinamakan Road to Dumyat yang dikendalikan Mentor council dibawah Unit pembangunan insan.Seramai 29 peserta telah mengikuti program ini termasuk 11 orang fasilitator telah berjaya memeriahkan program ini.
     Program ini telah diadakan di Ra'sul Bar,Dumyat yang mana disitulah tempat penghujung sungai Nil, sungai yang terpanjang di dunia yang mengalir dari Selatan ke Utara benua Afrika sejauh 6695 kilometer yang telah melalui 10 negara termasuk Mesir.
     2 hari 1 malam program ini dijalankan dengan lancar.Rata-rata peserta program telah memberi maklum balas bahawa mereka gembira dengan program ini serta berharap dapat diadakan lagi selepas ini.Tahniah diucapkan kepada penganjur kerana telah berjaya menjalankan program dengan jayanya walaupun ini merupakan kali pertama diadakan.
    Tempat pertemuan antara 2 air,air laut (laut Mediterranean) dan air tawar (sungai Nil) dapat dilihat dengan buih-buih lautan tidak masuk ke bahagian sungai.Subhanallah.
  
  
  
Pengerusi PCM 09/10 turut serta
  
  
Batu Tanda Penghujung Sungai Nil
  
  
  
Sungai Nil
 
10 Rabi'ul Awal 1431 H
24 Februari 2010 M

2010/02/16

Merentasi Padang Pasir Sahara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum

 
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka pernahkah kamu memperhatikan tentang api yang kamu nyalakan(dengan kayu)?, kamukah yang menumbuhkan kayu itu ataukah Kami yang menumbuhkan?,Kami menjadikannya(api itu) untuk peringatan dan bahan yang berguna bagi musafir,maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhan mu yang Maha Besar."(Al-Waqi'ah:71-74)

     Merentasi padang pasir dengan menggunakan kenderaan 4x4 adalah satu pengalaman yang jarang untuk diperolehi, lebih-lebih lagi merentasi padang pasir sahara yang merupakan padang pasir terbesar dunia.
     Alhamdulillah, saya diberi peluang dan ruang untuk menyertai satu jelajah yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) iaitu Bahariya Explorer 2010 pada 8,9 dan 10/2/2010.Jelajah ini selama tiga (3) hari dan dua (2) malam.
     Perjalanan ke Bahariya oasis dari Kaherah, ibu negara Mesir mengambil masa empat(4) jam.Sebaik sampai di tempat yang ditujui kami terus check-in hotel dan mengambil makanan tengahhari yang telah disediakan .
 ----------------------------------------------------
     Pengalaman yang sukar untuk didapati di tempat lain adalah bermalam di tengah-tengah padang pasir dengan menggunakan khemah dalam keadaan yang sejuk tanpa cahaya bulan untuk menerangi sekeliling.
     Teringat kisah hijrah junjungan besar Nabi Muhammad SAW merentasi padang pasir menuju Madinah yang terletak sejauh 400 kilometer dari Mekah yang mana hanya menggunakan unta sebagai kenderaan, sedangkan kami merentasi padang pasir dengan menggunakan kenderaaan 4x4.
     Bagaimana susahnya perjalanan hijrah Baginda SAW untuk menegakkan Islam yang perlu merentasi padang pasir yang panas dan kering kontang dengan hanya menaiki unta.Adakah kita pada hari ini telah mengamalkan apa yang telah dibawa oleh Baginda SAW atau hanya sekadar dimulut sahaja?.
     Jelajah ini juga, saya dapat melihat kebesaran Allah SWT seperti tumbuhnya pokok dan air keluar di tengah padang pasir serta batuan yang didalamnya ade crystal, ade perak dan banyak lagi.
Subhanallah,sungguh hebat ciptaan Allah SWT. 

  
  
Salt Lake
  
Pyramid Mountains
  
  
English Mountains
  
  
Sand Dunes
  
  
  
  
Black Mountains
  
Zig-zag Mountains
  
  
Crystal Mountains

Valley of El Agabat
2 Rabi'ul Awal 1431 H
16 Februari 2010 M

2010/02/12

Winter Break 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum

 
Firman Allah SWT yang bermaksud : " Demi masa, Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (Al-Asr:1-3)

     Cuti, masa yang ditunggu-tunggu oleh semua golongan terutamanya golongan mahasiswa bagi merehatkan minda, setelah mengharungi tempoh pembelajaran selama hampir 4 bulan dan seterunya menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.
     Ada yang hanya tinggal di rumah, ada yang melancong keluar dari Mesir dan ada juga yang mengambil peluang cuti dua (2) minggu ini dengan pulang ke tanah air Malaysia bagi melepaskan rindu terhadap keluarga yang tersayang.
     Sempena cuti ini juga banyak program telah diaturkan oleh persatuan-persatuan yang berada di Mesir bagi mengisi ruang masa mahasiswa supaya dapat digunakan dengan sebaik mungkin.Antaranya mesyuarat agung tahunan, majlis apresiasi graduan dan anugerah kecemerlangan, perbincangan kitab-kitab, kelas tafaqquh fiddin, jaulah ke tempat-tempat menarik di Mesir, bazaria, seminar dan banyak lagi.
    Jadi, saya mengajak diri saya dan kawan-kawan mahasiswa supaya menggunakan masa cuti ini dengan sebaik mungkin, isikan dengan perkara-perkara yang berfaedah.Gunakan masa lapang anda dengan penuh cermat dan berhemah sebelum datang masa sibuk.Ingat ! Masa itu lebih berharga daripada emas.Selamat bercuti.


(klik untuk paparan yang jelas) 1280x800

28 Safar 1431 H
12 Februari 2010 M

2010/02/04

Kelantan & Minyak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum

 
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat, dan Dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan.Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran". (An-Nahl:90)
     
    Kelantan yang merupakan salah satu negeri yang terletak di pantai timur semenanjung Malaysia mempunyai pantai yang menarik untuk dikunjungi.Tanpa disangka di luar pesisir pantai Kelantan juga mempunyai minyak serta gas seperti di negeri Terengganu, Sarawak dan Sabah.
    Alhamdulillah betapa bertuahnya rakyat Kelantan kerana dikurniakan nikmat minyak ini seperti mana tiga negeri yang tersebut.
    Yang peliknya ketiga-tiga negeri selain Kelantan diberikan royalti minyak sebanyak lima peratus (5%) setiap tahun tetapi Kelantan diberikan wang ehsan.Itupun wang itu bukan disalurkan kepada kerajaan negeri yang sedang memerintah sekarang tetapi kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) cawangan Kelantan.
    Adakah Kelantan layak menerima wang royalti minyak?.Jika tidak layak kenapa Kelantan diberikan wang ehsan, maka disini menujukkan bahawa Kelantan layak untuk menerima wang royalti bukan wang ehsan.Akta Kemajuan Petroleum 1974 serta perjanjian yang telah ditandatangani antara Pengerusi pertama PETRONAS, YBM Tengku Razaleigh Hamzah dengan Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Dato' Haji Mohamed Nasir pada tahun 1975 menyatakan bahawa Kelantan hendaklah diberikan wang royalti bukan wang ehsan.
    Saya teringat semasa di sekolah menengah dulu, saya mendengar berita bahawa Bachok akan membangun kerana diluar pesisir pantai Bachok telah ditemui minyak. Serentak dengan itu jalan raya menuju ke pusat pendaratan gas dan minyak yang terletak di Pantai Senok dilebarkan. Akan tetapi, ini tidak berlaku kerana minyak dan gas didaratkan di Songkhla, Thailand bukan di Bachok, Kelantan walaupun jarak antara pelantar lebih dekat di Bachok.Kini, pusat pendaratan gas dan minyak di pantai senok itu dijadikan tempat untuk mengisi gas ke dalam tong yang diterima dari Songkhla melalui lori tangki saban hari.
    Apapun saya sebagai rakyat Kelantan amat berharap Kerajaan Pusat dapat berlaku adil terhadap Kelantan sebagaimana Terengganu, Sarawak dan Sabah.Alangkah beruntungnya rakyat Kelantan jika menerima wang royalti sebanyak Ringgit Malaysia dua billion (RM 2 Billion).

 
 (klik untuk paparan yang jelas) 1280x800
20 Safar 1431 H
4 Februari 2010 M
Copyright © 1431 zizaur® . All rights reserved
There was an error in this gadget

PAUTAN